topheader_uum
VTEM Banners
List of Books arrow Business Management arrow KEUSAHAWANAN ISLAM. BAHTERA PENYELAMAT UMAT

KEUSAHAWANAN ISLAM. BAHTERA PENYELAMAT UMAT

ISBN: 978-967-5311-47-5
( Ab. Aziz Yusof )
RM 53.00
RM 42.40
You Save: 20.00%
Buku ini dihasilkan untuk mengembalikan semula roh keusahawanan dalam kalangan umat Islam setelah sekian lama telah membelakangkannya. Aspek keusahawanan merupakan salah satu komponen dalam muamalat Islam yang wajib dilaksanakan oleh segolongan umat Islam. Di sepanjang perjalanan mencari kemakmuran, ajaran dan peringatan yang terdapat di dalam al-Quran dan al-hadis perlu dijadikan kompas kehidupan. Setiap pendekatan, strategi dan tindakan yang diambil dalam usaha untuk membangunkan kesejahteraan hendaklah dilihat dari kaca mata dan acuan Islam. Mereka perlu memenuhi tuntutan hubungan ketuhanan secara menegak dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan hubungan sesama manusia dan makhluk-makhluk lain secara mendatar. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh individu yang sentiasa berusaha secara kreatif dan inovatif untuk mengeksploit, memanfaatkan dan terus memberi nilai tambah terhadap segala sumber yang telah dikurniakan-Nya. Mereka pasti kejayaan yang diperoleh di dunia dijadikan modal yang bakal mendatangkan pulangan yang lebih bernilai di akhirat. Dalam penulisan ini individu yang memperoleh kejayaan sedemikian diistilahkan sebagai usahawan Muslim. Usahawan Muslim perlu memikul tanggungjawab yang besar lagi mencabar dalam usaha untuk membangunkan kesejahteraan umat Islam dan manusia sejagat. Mereka perlu mengembalikan kegemilangan umat Islam hari ini yang berjumlah hampir 1.2 bilion atau 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia yang mana sebahagian besar daripada mereka berada dalam kemiskinan, kemunduran dan kejahilan. Sebagai seorang yang pernah berada dan bertugas dengan masyarakat nelayan di Terengganu, Perlis, Pahang dan Kelantan, penulis mendapati terdapat satu persamaan di kalangan mereka iaitu mewarisi kemiskinan dan membiarkan diri terus berada dalam kepompong kemiskinan. Golongan ini bukan hanya miskin pendapatan, kewangan dan harta benda tetapi mereka juga miskin dari segi sikap, pemikiran, ilmu dan juga rohani. Akibat daripada kemiskinan ini tenaga mereka diperah, hasil tangkapan dijual dan dieksploit oleh orang tengah sehingga mereka tidak dapat menikmati nilai yang sepatutnya diperoleh daripada usaha yang telah dilakukan. Punca utama kemiskinan yang mereka hadapi adalah kegagalan mereka untuk membudayakan keusahawanan dalam aktiviti perikanan. Mereka tidak melihat aktiviti perikanan sebagaimana yang telah dianjurkan oleh ajaran Islam. Dengan kata lain, mereka gagal untuk menghayati Islam dengan melihat aktiviti perikanan terasing daripada ajaran Islam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab usahawan Muslim untuk membantu mengeluarkan mereka daripada kongkongan kejahilan, kemiskinan, kemunduran, terpinggir, ditindas dan diperkotak-katikkan di negara sendiri yang kaya dengan sumber manusia dan sumber alam. Mereka perlu menjadikan keusahawanan sebagai bahtera untuk menyelamat dan membebaskan mereka daripada senario ini.

Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.


New Release
RM 46.00
RM 41.40
You Save: 10.00%
RM 40.00
RM 36.00
You Save: 10.00%
RM 18.00
RM 16.20
You Save: 10.00%
RM 28.00
RM 25.20
You Save: 10.00%
RM 32.00
RM 28.80
You Save: 10.00%
RM 50.00
RM 45.00
You Save: 10.00%
RM 55.00
RM 49.50
You Save: 10.00%
RM 24.00
RM 21.60
You Save: 10.00%
RM 37.00
RM 33.30
You Save: 10.00%
RM 25.00
RM 22.50
You Save: 10.00%
Discounted Books
RM 32.00
RM 25.60
You Save: 20.00%
RM 24.00
RM 19.20
You Save: 20.00%
RM 28.00
RM 25.20
You Save: 10.00%
RM 50.00
RM 10.00
You Save: 80.00%
Advance Search
Shopping Cart
Ekoweb Your Cart is currently empty.

Best Sellers
kaedah300
 
kaedahanalisis300
 
cnkaziz
 
bangsanew