topheader_uum
VTEM Banners
List of Books arrow Human and Social Development arrow FILEM MELAYU: CITRA BUDAYA DAN RAKAMAN SEJARAH

FILEM MELAYU: CITRA BUDAYA DAN RAKAMAN SEJARAH

ISBN: 978-967-0474-70-0
( Jins Shamsudin )
RM 53.00
RM 47.70
You Save: 10.00%
FILEM MELAYU: CITRA BUDAYA DAN RAKAMAN SEJARAH

Jins Shamsudin

Year: 2014

Pages: 231

ISBN 978-967-0474-70-0


Dunia perfileman Melayu telah bermula pada tahun 1933 di Singapura dengan penayangan filem Laila Majnun. Sejak itu, filem Melayu mula mengambil alih peranan bangsawan sebagai medium budaya popular yang utama dalam kalangan masyarakat Melayu bandaran.


Setelah terjejas akibat Perang Dunia Kedua, perusahaan filem Melayu berkembang dengan pesat pada dekad 1940-an hinggalah dekad 1960-an. Pada waktu tersebut, filem Melayu yang berpangkalan di Singapura didominasi oleh dua buah syarikat—Shaw Brothers dan Cathay-Keris Films—yang menerbitkan dan menayangkan filem untuk seluruh Tanah Melayu, selatan Thailand dan sesetengah tempat di Indonesia.


Buku ini memuatkan analisis cerminan budaya, sosial dan sejarah yang terpancar daripada filem Melayu. Ditulis oleh seorang tokoh penting dalam sejarah perfileman negara, buku ini memberikan tumpuan terhadap zaman kegemilangan industri filem tempatan, iaitu antara tahun 1930-an hingga 1960-an.

Penulis berusaha untuk mengenal pasti sejauh mana filem Melayu memaparkan budaya dan sejarah negara. Di samping memuatkan pelbagai persoalan budaya dan sejarah, aspek bahasa juga merupakan elemen ketara yang termuat dalam filem-filem tersebut. Persoalan budaya yang dibicarakan meliputi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi.

Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.


New Release
RM 45.00
RM 40.50
You Save: 10.00%
RM 48.00
RM 43.20
You Save: 10.00%
RM 40.00
RM 36.00
You Save: 10.00%
RM 50.00
RM 45.00
You Save: 10.00%
RM 45.00
RM 40.50
You Save: 10.00%
RM 28.00
RM 25.20
You Save: 10.00%
RM 26.00
RM 23.40
You Save: 10.00%
RM 35.00
RM 31.50
You Save: 10.00%
RM 28.00
RM 25.20
You Save: 10.00%
RM 35.00
RM 31.50
You Save: 10.00%
Discounted Books
RM 38.00
RM 34.20
You Save: 10.00%
RM 45.00
RM 40.50
You Save: 10.00%
RM 33.00
RM 29.70
You Save: 10.00%
RM 52.00
RM 46.80
You Save: 10.00%
RM 45.00
RM 40.50
You Save: 10.00%
Advance Search
Shopping Cart
Ekoweb Your Cart is currently empty.

Best Sellers
kaedah300
 
kaedahanalisis300
 
cnkaziz
 
bangsanew