topheader_uum
VTEM Banners

PENGHAYATAN SOLAT

ISBN: 978-967-0474-49-6
( Rosnaaini Hamid )
RM 30.00
RM 24.00
You Save: 20.00%
PENGHAYATAN SOLAT

Rosnaaini Hamid

ISBN 978-967-0474-49-6


Year: 2014

Pages: 86



Buku ini membincangkan tentang tatacara solat yang dilakukan oleh ahli sufi secara khusus. Isi kandungan buku ini dimulai dengan perbincangan tentang tatacara solat yang dikehendaki syarak dan diteladani oleh Rasulullah SAW sebagai titik tolak utama penghayatan solat seorang muslim. Buku ini juga menjelaskan tentang dua disiplin solat yang berbeza, pertama; solat dari sudut fekah yang menepati kehendak syarak seperti syarat, rukun, sunat dan makruh. Kedua; penghayatan solat dalam kalangan ahli sufi. Kombinasi antara dua disiplin yang berbeza bukanlah sesuatu yang bercanggah malah memantapkan lagi kedudukan solat. Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada adalah pendedahan tentang rahsia-rahsia pelaksanaan solat ahli sufi.

Antara keistimewaan solat ahli sufi ialah mementingkan solat yang khusyuk, solat dipandang sebagai melakukan doa dengan seluruh anggota jasad dan pelaksanaan solat diiktikadkan sebagai memberi khidmat kepada Allah SWT. Jalinan keyakinan hati yang tulus dan mantap merupakan satu kelainan yang sangat ketara.

Buku ini memulakan perbincangan secara ringkas tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan solat. Kemudian diikuti dengan tatacara solat yang mencakupi beberapa persoalan penting seperti perkara rukun, sunat, makruh dan batal solat. Buku ini turut menyingkap penghayatan dan pelaksanaan solat ahli sufi sebagai satu amalan penting dalam rutin harian mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kesungguhan ahli sufi menghayati solat wajar direnung dan difikirkan semula secara lebih serius. Oleh itu, pendedahan tentang rahsia solat ahli sufi bertujuan mengambil iktibar dan pedoman berguna ke arah penghayatan solat dalam kalangan orang awam.

Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.


New Release
RM 46.00
RM 41.40
You Save: 10.00%
RM 40.00
RM 36.00
You Save: 10.00%
RM 18.00
RM 16.20
You Save: 10.00%
RM 28.00
RM 25.20
You Save: 10.00%
RM 32.00
RM 28.80
You Save: 10.00%
RM 50.00
RM 45.00
You Save: 10.00%
RM 55.00
RM 49.50
You Save: 10.00%
RM 24.00
RM 21.60
You Save: 10.00%
RM 37.00
RM 33.30
You Save: 10.00%
RM 25.00
RM 22.50
You Save: 10.00%
Discounted Books
RM 22.00
RM 19.80
You Save: 10.00%
RM 57.00
RM 51.30
You Save: 10.00%
RM 52.00
RM 41.60
You Save: 20.00%
RM 53.00
RM 42.40
You Save: 20.00%
Advance Search
Shopping Cart
Ekoweb Your Cart is currently empty.

Best Sellers
kaedah300
 
kaedahanalisis300
 
cnkaziz
 
bangsanew