topheader_uum
VTEM Banners
List of Books arrow Human and Social Development arrow TAK LERAI DI ASAK ZAMAN: DIKIR BARAT SENI HIBURAN RAKYAT

TAK LERAI DI ASAK ZAMAN: DIKIR BARAT SENI HIBURAN RAKYAT

ISBN: 978-967-0876-90-0
( Lim Swee Tin & Mohd Sulhie bin Yusuf )
RM 48.00
RM 38.40
You Save: 20.00%
:

TAK LERAI DI ASAK ZAMAN: DIKIR BARAT SENI HIBURAN RAKYAT

Lim Swee Tin & Mohd Sulhie bin Yusuf, 2016

ISBN 978-967-0876-90-0, 99 hlm.



RM 48.00 Soft Cover

RM 76.00 Hard Cover ( Versi Hard Cover masih dalam proses percetakan) 

- Sebuah karya separa ilmiah yang sesuai untuk pembacaan santai

- Dokumentasi seni dikir barat berbentuk ‘coffee table’

- Saiz : 10.5 inc X 10.5 inc

- Gabungan antara penulis berwibawa dan penggiat seni dikir barat



dkir7

Dikir Barat merupakan sejenis seni hiburan rakyat. Dikatakan seni hiburan rakyat kerana ia dipersembahkan sendiri daripada kalangan mereka untuk menghiburkan masyarakat itu pula. Ia sebenarnya muncul di negara ini sejak awal abad ke-20 lagi, menjadi salah satu seni yang sangat popular, digemari ramai dan dianggap cukup menghiburkan. Dikir Barat dipersembahkan dalam bentuk berkumpulan. Lazimnya, antara 15 hingga 25 orang ahli dalam satu-satu kumpulan. Setiap kumpulan terbahagi pula kepada dua komponen, iaitu pemuzik yang mengiringi, dan para pendikir yang menyampaikan nyanyian menurut tertib dan susunannya. Dikir barat menjadi semacam sebuah ‘institusi’ penyatuan orang ramai serta alat atau komponen ampuh dalam pemupukan jalinan gaya hidup yang harmonis. Jika dahulu, ia penting dan berkembang subur di kampung-kampung dan desa, kini ia menjengah kota-kota pula, menjadi item pilihan di pentas-pentas utama pelbagai majlis dan acara, bahkan dipersembahkan juga di peringkat antarabangsa.


Buku ini menghuraikan secara yang agak lengkap atau terperinci tentang sejarah seni dikir barat, perkembangannya dari satu era ke satu era, serta penerangan khusus tentang teknik persembahan, termasuk beberapa langkah inovasi ataupun pembaharuan agar kesenian ini kekal relevan dengan tuntutan khalayak semasa, sambil teguh mempertahankan keasliannya. Jika pada masa lampau, pengisian persembahannya penuh dengan nyanyian dan lagu dendangan yang indah-indah, yang sehingga kini masih dikekalkan dengan baik, namun sekarang telah diberikan motif baharu yang lebih segar, lebih kreatif selain penuh warna-warni. Demikian isi yang diutarakan dalam persembahan dikir barat misalnya, kalau dahulu tentang kehidupan petani dan nelayan, interaksi sesama anggota masyarakat, kisah-kisah penuh teladan untuk dicontohi dalam kehidupan sehari-harian, tentang kasih sayang termasuk menyalurkan pelbagai informasi, sekarang ia malahan telah membincangkan isu-isu besar semasa negara yang penting, hal ehwal dunia tidak terkecuali krisis di peringkat global melalui kupasan dan analisis yang kritis, bersifat analitikal, melalui gaya dominan seni dikir barat yang santai, penuh kemeriahan, kadang-kadang bersahaja, atau sarat humor, sesungguhnya sangat kuat berimpak.

Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.


New Release
RM 46.00
RM 41.40
You Save: 10.00%
RM 40.00
RM 36.00
You Save: 10.00%
RM 18.00
RM 16.20
You Save: 10.00%
RM 28.00
RM 25.20
You Save: 10.00%
RM 32.00
RM 28.80
You Save: 10.00%
RM 50.00
RM 45.00
You Save: 10.00%
RM 55.00
RM 49.50
You Save: 10.00%
RM 24.00
RM 21.60
You Save: 10.00%
RM 37.00
RM 33.30
You Save: 10.00%
RM 25.00
RM 22.50
You Save: 10.00%
Discounted Books
RM 20.00
RM 16.00
You Save: 20.00%
RM 48.00
RM 38.40
You Save: 20.00%
RM 37.00
RM 29.60
You Save: 20.00%
RM 20.00
RM 16.00
You Save: 20.00%
Advance Search
Shopping Cart
Ekoweb Your Cart is currently empty.

Best Sellers
kaedah300
 
kaedahanalisis300
 
cnkaziz
 
bangsanew