topheader_uum
VTEM BannersVTEM Banners
List of Books arrow International Studies arrow MALAYSIA DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA SERANTAU

MALAYSIA DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA SERANTAU

ISBN: 978-967-5311-376
( Kamarulnizam Abdullah )
RM 49.00
RM 44.10
You Save: 10.00%
Arus perubahan dalam sistem antarabangsa menyaksikan struktur dan isu yang mencengkam kelangsungan hidup negara turut berubah. Cabaran utama kepada negara ialah cara mengadaptasi perubahan demi perubahan yang berjalan agak pantas dan di luar kemampuan negara untuk berhadapaan secara sendirian. Perubahan isu dan struktur global juga mempengaruhi sistem antarabangsa serantau Asia Timur yang mengandungi dua subrantau terpenting—Asia Tenggara dan Asia Timur Laut. Perubahan yang wujud di kedua-dua subrantau ini sudah tentu memberi kesan kepada dasar luar dan diplomasi, keselamataan, dan hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain. Malaysia bukanlah satu kuasa global yang berupaya untuk mengubah system antarabangsa. Walau bagaimanapun, Malaysia merupakan negara penting di Asia Timur yang telah menyumbang kepada kemakmuran rantau ini. Persoalan yang timbul ialah bagaimana Malaysia mengadaptasi perubahan sistem antarabangsa serantau dalam dasar luar dan hubungan dua halanya? Sejauh manakah isu antarabangsa serantau memberi kesan kepada kelangsungan hidup negara? Apakah sumbangan Malaysia kepada kestabilan rantau? Sehubungan itu, buku ini mengupas secara selektif impak beberapa isu serantau kepada Malaysia, di samping turut membicangkan peranan dan respons Malaysia terhadap perubahan serantau sejak negara merdeka.

Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.


Advance Search
Shopping Cart
Ekoweb Your Cart is currently empty.