topheader_uum
VTEM Banners
List of Books arrow Banking and Finance arrow PERBANKAN DAN PASARAN MODAL ISLAM: ISU DAN APLIKASI

PERBANKAN DAN PASARAN MODAL ISLAM: ISU DAN APLIKASI

ISBN: 987-983-3827-91-6
( Noor Sa’adah Sabudin, Nor Fadzlin Mohammad Bahar, Norazlina Abd. )
RM 57.00
RM 45.60
You Save: 20.00%

Noor Sa’adah Sabudin, Nor Fadzlin Mohammad Bahar, Norazlina Abd. Wahab, 2009

Year : 2009

Pages : 231

Sejajar dengan matlamat negara Malaysia menyasarkan pencapaian sekitar 20 peratus daripada pasaran perbankan domestik dikuasai oleh sistem perbankan Islam menjelang tahun 2010, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk terus membangunkan sistem kewangan Islam. Pelan Induk 10 tahun Perbankan Islam turut dilancar bagi mewujudkan satu sistem kewangan yang cekap, progresif dan lengkap selain memperkenalkan Malaysia sebagai pusat perbankan dan kewangan Islam di rantau ini. Kini, sistem kewangan Islam ialah sebahagian daripada sistem kewangan negara yang meletakkan Malaysia ke hadapan berbanding negara lain. Malaysia komited untuk membangunkan sistem perbankan Islam dan pada masa yang sama berusaha melaksanakan sistem kewangan Islam dalam struktur kewangan negara secara menyeluruh. Dengan peningkatan dalam dimensi kewangan Islam pada peringkat global, landskap kewangan Islam berubah dengan penglibatan pemain pasaran yang lebih pelbagai serta persekitaran yang lebih berdaya saing. Skop perniagaan kewangan Islam kini lebih meluas sebagai tindak balas kepada perubahan permintaan pelanggan pada peringkat global. Justeru, isu dan cabaran yang dihadapi oleh bank Islam untuk berkembang pada peringkat antarabangsa semakin kompleks. Antara cabaran global yang dihadapi ialah struktur instrumen kewangan, takaful dan pasaran modal yang lebih kompleks dan sofistikated akibat peningkatan dalam persaingan.


Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.

You may also be interested in this/these product(s)


Advance Search
Shopping Cart
Ekoweb Your Cart is currently empty.