topheader_uum
VTEM Banners
List of Books arrow Human and Social Development arrow ADAB SEBELUM SULUK TAREKAT NAQSHABANDIYYAH: MENGIKUT SHEIKH....

ADAB SEBELUM SULUK TAREKAT NAQSHABANDIYYAH: MENGIKUT SHEIKH....

ISBN: 978-967-0474-95-3
( Rosnaaini Hamid )
RM 43.00
RM 38.70
You Save: 10.00%
ADAB SEBELUM SULUK TAREKAT NAQSHABANDIYYAH: MENGIKUT SHEIKH ABDUL WAHAB ROKAN

Rosnaaini Hamid

ISBN 978-967-0474-95-3

Year: 2015

Pages: 147


Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah sebuah karya ilmiah yang membincangkan tentang sumbangan pemikiran dan pelaksanaan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Wahab Rokan. Walaupun begitu buku ini hanya menyentuh tentang pemikiran beliau berkaitan dengan adab-adab sebelum suluk. Adab-adab sebelum suluk berfungsi sebagai panduan pertama sebelum menempuh latihan suluk dan memudahkan para pengikutnya mematuhi disiplin yang disusun secara terfokus. Buku ini menjelaskan tentang adab-adab sebelum suluk yang telah digaris dan dipraktiskan dalam kalangan murid dan guru yang mempunyai urutan salasilah tarekat daripada Sheikh Abdul Wahab Rokan.


Penilaian terhadap adab-adab tersebut dilakukan dengan merujuk kepada bukti-bukti daripada al-Quran, hadis, pendapat tokoh sufi dan para ulama terdahulu. Setiap adab tersebut dicerakin mengikut urutan atau prosedur yang sama bagi mencari kesahihan hukum pada pandangan syarak. Konsep-konsep yang diutarakan boleh dijadikan panduan dan penambahan ilmu pengetahuan untuk memahami konsep tasawuf secara bersama. Kehadiran buku ini adalah sebagai bacaan tambahan tentang pendidikan tarekat dan disiplin tasawuf. Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada ialah pendedahan tentang kedudukan adab-adab suluk pada pandangan syarak yang telah membawa kejayaan besar kepada Sheikh Abdul Wahab Rokan dalam usaha membentuk akhlak masyarakat dan sejarah perkembangan ajaran tarekat tersebut dan tasawuf secara umum.

Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.

You may also be interested in this/these product(s)


Advance Search
Shopping Cart
Ekoweb Your Cart is currently empty.