20
Antologi Cerpen: Melerai Rindu
RM18.40 RM23.00
Antologi Cerpen: Melerai Rindu
Price RM18.40 RM23.00
Product SKU 9789672064008
Size (L x W x H) 19 cm x 11.5 cm x 1.7 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Antologi Cerpen: Melerai Rindu

Diselenggara oleh Hasan Baseri Budiman, 2017

ISBN 978-967-2064-00-8, 275 hlm., RM 23.00

 

Melerai Rindu muncul dalam keghairahan Angkatan Sasterawan Nasioanal Kedah (ASASI) mahu melahirkan kelompok penulis pelapis di Kedah yang mungkin ada dalam kalangan mereka yang agak baharu dalam genre ini. Namun melihatkan kepada kegigihan dan kesungguhan mereka untuk mencapai kejayaan yang besar, 13 buah cerpen hasil tulisan sembilan orang penulis ASASI yang sedang mencipta nama dalam dunia penulisan tanah air ini boleh memberi makna yang cukup besar dalam perkembangan sastera tanah air.

 

Pemikiran feminisme yang mereka tonjolkan di dalam antologi ini mungkin tampaknya seperti sudah membudaya cengkaman patriarki ke atas kaum perempuan, sehingga perempuan harus berjuang keras untuk menunjukkan eksistensi dirinya di mata dunia, tetapi sebenarnya ia tetap sebuah didaktisisme dalam karya yang tujuan tidak lain hanya mahu memberi pendidikan dan pengajaran kepada pembaca.

 

Percayalah Antologi Melerai Rindu bukannya sebuah bacaan ringan yang ditulis sekadar memenuhi ruang kreativiti ASASI, kerana di dalamnya nanti anda akan menemui sebuah penghasilan yang memiliki kebijaksanaan dan kearifan yang akan membolehkan pembaca dapat mengambilnya sebagai teladan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews