✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
RM45.00 RM50.00
Dinamik Hubungan Manusia dalam Organisasi
Price RM45.00 RM50.00
Product SKU 9789672486565
Availability In Stock
Quantity
Description

Dinamik Hubungan Manusia dalam Organisasi

Saadon Awang, Sharifah Sofiah ‘Atiqah Syed Ibrahim, 2021

ISBN 978-967-2486-56-5, 299 hlm., RM50.00

Manusia merupakan salah satu elemen penting bagi kewujudan sesebuah organisasi, selain daripada usaha bersama dan matlamat yang ditetapkan. Sumber manusia pula menjadi salah satu daripada dua sumber penting, selain sumber bukan manusia yang akan menggerakkan proses pengurusan sesebuah organisasi. Berdasarkan kedudukan itu, adalah menjadi keperluan bagi organisasi untuk memberikan perhatian tentang aspek kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam sebuah organisasi. Dari segi kuantiti, manusia merupakan sebahagian daripada modal untuk mewujudkan organisasi.

 

Organisasi perlu membawa masuk modal insan, selain faktor-faktor modal yang lain seperti kewangan, aset dan sebagainya. Dari segi kualiti pula, organisasi perlu memberikan tumpuan kepada aspek pengurusan sumber manusia agar modal insan tadi dapat memenuhi keperluan organisasi.

 

Sumber manusia yang diambil perlu diuruskan dengan sebaiknya, bermula daripada proses merekrut sehinggalah mereka keluar daripada organisasi. Ini melibatkan tiga tahap penting iaitu pengambilan, penggunaan dan persaraan (pemberhentian). Buku ini membincangkan tentang sumber manusia dan dinamik hubungannya di dalam dan dengan persekitaran organisasi yang menjalankan fungsi dan peranan masing-masing. Perbincangan memberikan tumpuan utama kepada tahap kedua yang melibatkan penggunaan sumber manusia dalam organisasi, iaitu aspek penggunaan sumber manusia. Tahap ini menjelaskan tentang pelbagai interaksi manusia yang berlaku dalam organisasi. Corak interaksi manusia ini berlaku dalam pelbagai bentuk, terarah secara menegak, mendatar dan matriks. Corak interaksi ini dikenali sebagai hubungan manusia dalam organisasi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews