Falsafah dan Isu Semasa
Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syahrina Abdullah & Mohd Hazim Shah Abdul Murad, 2021
ISBN 978-967-2486-66-4, 186 hlm., RM35.00
Falsafah dan Isu Semasa merupakan salah satu kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) yang ditawarkan kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai kursus wajib. Penawaran kursus ini bertujuan memupuk penghayatan falsafah dan nilai yang berteraskan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Keperluan yang amat tinggi kepada penulisan buku teks atau buku rujukan utama kursus ini bagi memudahkan para pelajar memahami kandungan kursus dengan baik. Buku ini merupakan antara buku teks yang terawal diterbitkan oleh Penerbit Universiti di Malaysia. Kandungan buku teks ini memenuhi semua bab bagi Kursus Falsafah dan Isu Semasa. Terdapat lapan bab yang dibincangkan dalam buku ini.