RM45.00 RM50.00
Hubungan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945- 1955): Konflik dan Kompromi
Price RM45.00 RM50.00
Product SKU 9789672486763
Availability In Stock
Quantity
Description

Hubungan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945- 1955): Konflik dan Kompromi

Mohamed Ali Haniffa, 2022

ISBN978-967-2486-76-3, 492 hlm., RM50.00

 

Tanah Melayu sinonim dengan “Semenanjung Emas” menjanjikan lubuk rezeki buat semua daripada dahulu sehingga kini. Asal mula tanah ini sudahpun berakar umbi dari Kesultanan Melayu Melaka. Namun legasi penjajahan dimulakan oleh British melalui tipu helah berdasarkan Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Struktur politik dan legasi kemiskinan terus diwarisi dari generasi ke generasi sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

 

Umpama dagang di tanah air sendiri, penguasaan penjajah terus bertali arus dengan pengenalan undang-undang British yang menyumbang dalam aspek kemajuan material, institusi masyarakat dan kekeluargaan, hedonisme serta lain-lain lagi yang turut mempengaruhi mental dan spiritual orang Melayu. Perang Dunia Kedua meletus dan sempadan Tanah Melayu terus dibolosi oleh tentera Jepun selama hampir tiga tahun lapan bulan. Tempoh masa tersebut meninggalkan impak negatif yang mendalam, khususnya ke atas keharmonian hubungan kaum/etnik.

 

Kemunculan Kumpulan Parang Panjang dan Ilmu Selempang/Selendang Merah turut menyebabkan orang Melayu bangkit berjihad fisabilillah mempertahankan maruah orang Islam serta agama berikutan dibolosi oleh komunis. Namun kesantunan orang Melayu memberikan ruang perdamaian membawa kepada kompromi antara kaum selepas pengasasan British Military Administration. Kisah tragik yang pernah berlaku dalam sejarah tanah air seharusnya dijadikan iktibar terutamanya oleh generasi milenium yang kurang menggemari dan mengambil berat aspek sejarah serta ketatanegaraan. Kemampuan mengimbas kembali perit jerih membangunkan tanah air ini akan menyuburkan aspek kecintaan terhadap Malaysia. Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara ini demi kemajuan dan keutuhan bangsa Malaysia. Keharmonian dan kedaulatan negara harus dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews