RM28.80 RM32.00
Aset Kehidupan dan Golongan Mudah Terjejas di Luar Bandar
Price RM28.80 RM32.00
Product SKU 9789672486732
Availability In Stock
Quantity
Description

Aset Kehidupan dan Golongan Mudah Terjejas di Luar Bandar

Editor: Ahmad Zubir Ibrahim, 2021

ISBN 978-967-2486-73-2, 122 hlm., RM32.00

 

Pemilikan aset kehidupan yang mencukupi merupakan penentu kepada kehidupan yang lestari. Merangkumi lima buah aset utama iaitu aset manusia, aset fizikal, aset kewangan, aset semula jadi dan aset sosial akan memberi kesan kepada pencapaian taraf kehidupan sama ada di peringkat individu mahupun isi rumah. Golongan berpendapatan rendah merupakan antara golongan mudah terjejas dan mudah jatuh ke dalam perangkap kemiskinan apabila berhadapan dengan situasi mudah terancam.

 

Perkara ini berlaku ekoran daripada kekurangan pemilikan aset kehidupan untuk menyerap tekanan yang dihadapi. Bagi memastikan kelestarian kehidupan golongan ini terjamin, strategi jangka pendek dan jangka panjang perlu dilaksanakan dengan lebih komprehensif bagi mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup kehidupan golongan ini.

 

Penekanan kepada pembangunan modal insan seperti aspek kemahiran, pengurusan kewangan dan hutang, pembangunan usahawan, serta perusahaan berasaskan komuniti dan sosial dilihat antara pendekatan yang perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mempertingkatkan kelestarian kehidupan golongan ini. Buku ini sebagai sumber rujukan alternatif kepada pembuat dasar serta masyarakat umum untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu yang terkait dengan golongan mudah terjejas di negara ini.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews