RM30.00 RM50.00
Saya Bukan Menteri: Memoir Wartawan Negara
Price RM30.00 RM50.00
Product SKU 9789670876412
Availability In Stock
Quantity
Description

Saya Bukan Menteri: Memoir Wartawan Negara

Zainuddin Maidin, 2016

ISBN 978-967-0876-41-2, 279 hlm., RM 50.00

 

Zainuddin Maidin, Tokoh Wartawan Negara (2006) dan penerima Anugerah Melayu Terbilang UMNO (2010) telah mencapai kejayaan cemerlang dalam hidupnya dengan usaha sendiri sekalipun berasal dari hanya kelulusan rendah. Dari seorang wartawan beliau telah menjadi menteri penuh dalam jangka masa yang singkat di bidang politik (1998-2008). Kejayaan sebagai wartawan dengan mendapat Diploma of Journalism dari Berlin Institute of Journalisme, Berlin (1969) dan Fellowship Kewartawanan University of Michigan, Amerika Syarikat (1981-1982) hasil dari kegigihannya dan semangatnya yang tinggi untuk belajar dan terus belajar semasa berada dalam dunia kewartawanan.

 

Beliau melihat kewartawanan sebagai cabaran untuk seseorang terus terkini dengan pengetahuan semasa. Kesempatan lebih dari setahun yang diberikan oleh Kumpulan Utusan Melayu untuk menjadi wakilnya di London (1975-1976) telah digunakan sepenuhnya untuk belajar siang dan malam di samping mendedahkan dirinya kepada masyarakat setempat dan menjalankan tugasnya.

 

Beliau berpegang kepada falsafah tidak ada yang mustahil di dunia dan ini dibuktikan menerusi pembinaan kariernya dari hanya pemberita sambilan dengan hanya kelulusan rendah tetapi akhirnya menjejak kaki ke University of Michigan, Amerika Syarikat (1981-1982) dan seterusnnya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews