✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
RM37.80 RM42.00
Jikey: Teater Warisan Langkawi
Price RM37.80 RM42.00
Product SKU 9789672486930
Availability In Stock
Quantity
Description

Jikey: Teater Warisan Langkawi

Muhammad Izzat Md Isa, 2022

ISBN 978-967-2486-93-0, 236 hlm., RM42.00

Jikey merupakan salah satu teater tradisional Melayu dan teater rakyat, yang pernah terkenal di sekitar wilayah selatan Thailand dan wilayah utara Malaysia. Sejarah awal tentang kewujudan teater ini masih lagi tidak jelas, namun didapati teater ini ‘membesar’ dalam suasana pergolakan politik di Utara Semenanjung Tanah Melayu sejak berabad-abad lampau. Jikey telah menjadi sebati dan menjadi hiburan kepada masyarakat desa.

 

Di wilayah utara Malaysia, jikey didapati telah wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi dan sangat aktif serta popular di Pulau Langkawi sekitar tahun 1950 sehingga 1970-an. Kesenian ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Buku ini memfokuskan jikey di Langkawi sekitar abad ke-20 merangkumi dua aspek penting, iaitu sejarah jikey dan bentuk jikey merangkumi aspek persembahan, pentas, prop, lakonan, nyanyian, alat muzik, dan tarian. Menariknya, kesenian teater jikey ini merupakan suatu persembahan warisan yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi kemudiannya, umumnya terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

 

Jikey yang merangkumi lakonan, tarian, muzik dan nyanyian dipersembahkan dalam pelbagai majlis keramaian terutamanya majlis perkahwinan. Kesenian ini diakui merupakan salah satu keunikan dalam persembahan rakyat kerana memaparkan watak-watak yang terdiri daripada pelbagai kaum pada bahagian sketsa komedi atau disebut persembahan bahagian pembukaan. Buku ini dihasilkan bagi memberikan gambaran khusus terhadap teater jikey di Langkawi. Semoga buku ini dapat memberikan panduan dan rujukan kepada pelajar, peminat, pengkaji seni budaya dan teater.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews