✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
10
Kelestarian Penghidupan Petani Luar Bandar
RM30.60 RM34.00
Kelestarian Penghidupan Petani Luar Bandar
Price RM30.60 RM34.00
Product SKU 9789672064176
Size (L x W x H) 22.86 cm x 15.24 cm x 1.1 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Kelestarian Penghidupan Petani Luar Bandar

Ahmad Zubir Ibrahim & Chamhuri Siwar, 2017

ISBN 978-967-2064-176, 160 hlm., RM 34.00

 

Kelestarian penghidupan merupakan satu pendekatan yang sinonim dengan usaha membasmi kemiskinan. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada kekuatan manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna tanpa menjejaskan hak dan keperluan generasi yang akan datang. Pendekatan penghidupan melalui proses pembangunan yang dirancang secara langsung dapat meningkatkan taraf penghidupan lestari.

 

Bagi mendalami kelestarian penghidupan penduduk luar bandar, buku ini cuba mengetengahkan isu kemiskinan dan kelestarian penghidupan dalam kalangan petani padi. Persoalan dan perbincangan dalam penghidupan petani padi bukan sekadar kepada isu kemiskinan semata-mata, malah turut membincangkan pemilikan aset kehidupan golongan ini.

 

Impak pemilikan aset penghidupan bukan sekadar diterjemahkan kepada keupayaan memperoleh pendapatan semata-mata, malah turut menilai kemampuan petani padi untuk mencapai keselamatan makanan di peringkat isi rumah. Pada masa yang sama, buku ini turut mengetengahkan kemudahterancaman yang dihadapi oleh golongan ini.

 

Terdapat beberapa cadangan telah dikenal pasti sebagai mekanisme bagi mempertingkatkan penghidupan petani padi. Buku ini diharap dapat memberi ilmu kepada semua pihak yang berminat mendalami penghidupan masyarakat luar bandar khususnya petani padi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews