✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
10
Kemiskinan: Isu Pendapatan dan Program Pembasmian
RM36.00 RM40.00
Kemiskinan: Isu Pendapatan dan Program Pembasmian
Price RM36.00 RM40.00
Product SKU 9789670474977
Availability In Stock
Quantity
Description

Kemiskinan: Isu Pendapatan dan Program Pembasmian

Editor: Siti Hadijah Che Mat, 2015

ISBN 978-967-0474-97-7, 150 hlm., RM 40.00

 

Buku ini adalah hasil daripada penyelidikan atau kajian sebenar yang telah dilakukan oleh para penulis dalam buku ini. Koleksi karya ini membincangkan tentang isu dan masalah kemiskinan di Malaysia yang masih berlarutan sehingga kini. Pelbagai program telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menangani masalah kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baru sehinggalah ke Model Baru Ekonomi yang dilancarkan pada 2010.

 

Tujuan semua dasar dan program yang dilaksanakan adalah untuk membantu rakyat negara ini untuk memperoleh pendapatan tinggi dan terus berkekalan tinggi.

 

Antara topik perbincangan yang diutarakan dalam koleksi ini adalah tentang kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan, punca-punca kemiskinan dan kesan kemiskinan, keperluan kepada pengukuran kemiskinan, program atau kaedah pembangunan untuk membasmi kemiskinan dan peranan badan-badan tertentu dalam menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan pengurangan kemiskinan.

 

Editor dan para penulis berharap buku ini dapat dijadikan rujukan oleh para pembaca terutamanya pelajar di institusi pengajian tinggi serta menjadi rujukan kepada para penyelidik yang ingin membuat rujukan dalam bidang kemiskinan. Buku ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pembaca umum yang ingin mengetahui isu-isu kemiskinan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews