Ketum dari Perspektif Psikososial: Manfaat Atau Mudarat
Noor Azniza Ishak, Jamaludin Mustafa, Kamal Ab Hamid, Siti Rozaina Kamsani, 2022
ISBN 978-967-2486-84-8, hlm., RM25.00
Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Walau bagaimanapun, air rebusan daun ketum disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Buku ini ditulis sebagai panduan kepada pembuat dasar terutamanya Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam merangka polisi atau pelan tindakan yang bersesuaian dan penambahbaikan yang diperlukan bagi program pencegahan yang sedia ada. Buku ini juga menyarankan kaedah yang berkesan dari segi penyampaian maklumat dalam mengatasi masalah penyalahgunaan air ketum. Selain itu, buku ini ditulis untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat dalam mengetahui fenomena sebenar penyalahgunaan air ketum masyarakat kini.