✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
10% additional discounts when using coupon code KABI40 upon checking out
40
Keusahawanan Islam: Bahtera Penyelamat Umat
RM31.60 RM53.00
Keusahawanan Islam: Bahtera Penyelamat Umat
Price RM31.60 RM53.00
Product SKU 9789675311475
Availability In Stock
Quantity
Description

Keusahawanan Islam: Bahtera Penyelamat Umat

Ab. Aziz Yusof, 2010

ISBN 978-967-5311-47-5, 398 hlm., RM53.00

 

Aspek keusahawanan merupakan salah satu komponen dalam muamalat Islam yang wajib dilaksanakan oleh segolongan umat Islam. Di sepanjang perjalanan mencari kemakmuran, ajaran dan peringatan yang terdapat di dalam al-Quran dan al-hadis perlu dijadikan kompas kehidupan. Setiap pendekatan, strategi dan tindakan yang diambil dalam usaha untuk membangunkan kesejahteraan hendaklah dilihat dari kaca mata dan acuan Islam. Mereka perlu memenuhi tuntutan hubungan ketuhanan secara menegak dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan hubungan sesama manusia dan makhluk-makhluk lain secara mendatar.

 

Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh individu yang sentiasa berusaha secara kreatif dan inovatif untuk mengeksploit, memanfaatkan dan terus memberi nilai tambah terhadap segala sumber yang telah dikurniakan-Nya. Mereka pasti kejayaan yang diperoleh di dunia dijadikan modal yang bakal mendatangkan pulangan yang lebih bernilai di akhirat. Dalam penulisan ini individu yang memperoleh kejayaan sedemikian diistilahkan sebagai usahawan Muslim. Oleh itu, menjadi tanggungjawab usahawan Muslim untuk membantu mengeluarkan mereka daripada kongkongan kejahilan, kemiskinan, kemunduran, terpinggir, ditindas dan diperkotak-katikkan di negara sendiri yang kaya dengan sumber manusia dan sumber alam.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews