RM25.20 RM28.00
Lima Jauhar
Price RM25.20 RM28.00
Product SKU 9789672486909
Availability In Stock
Quantity
Description

Lima Jauhar

MK. Riza, 2022

ISBN 978-967-2486-90-9, 261 hlm., RM28.00

 Dia – Cikgu Kenanga, menyambung legasi ibunya untuk mendidik. Terhantar ke sebuah kampung di pedalaman. Ditugaskan menjadi Guru Kelas Lima Jauhar, kelas yang dikatakan “tidak pandai dan susah diajar”.

 

Dia – Cikgu Kenanga, Cikgu Matematik yang dikurniakan bakat sastera, dihamparkan dengan pelbagai kerenah sembilan perwira Lima Jauhar yang baginya pelajar istimewa, kerana pelajar ini dilingkungi hidup payah dan serba-serbi masalah.

 

Bagi Cikgu Kenanga, ketidakpandaian perlu diajar dengan lembut dan gigih; bukannya keras dan putus asa. Dia percaya, tiada sesiapa dilahirkan bodoh, tiada sesiapa ditakdirkan malang dan cahaya tetap cahaya, permata tetap permata.

 

Cabaran mendatang ditanganinya, tenang.

Dalam sebuah pertemuan semula, Cikgu Kenanga menuai hasil. Lima Jauhar, benih sudah jadi buah manis. Jaya sudah dalam genggam. Cahaya sudah bersinar terang.

 

Jika berjaya, syukurilah. Jika gagal itu bukan penamat hidup. Dia tahu, mereka mengetahui. Bukankah dia pernah bercerita tentang Thomas Alva Edison?

Cikgu Kenanga

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews