RM27.00 RM30.00
Linguistik Terapan Daripada Perspektif Pengguna dan Penggunaan
Price RM27.00 RM30.00
Product SKU 9789672363132
Size (L x W x H) 0 cm x 0 cm x 1.2 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Linguistik Terapan Daripada Perspektif Pengguna dan Penggunaan

Editor: Hishamudin Isam, Mashetoh Abd Mutalib & Zamimah Osman, 2020

ISBN 978-967-2363-13-2, 165 hlm, RM30.00

 

Buku Linguistik Terapan daripada Perspektif Pengguna dan Penggunaan mengandungi 10 bab terpilih yang membincangkan isu-isu linguistik hasil penyelidikan daripada kepelbagaian sudut pandang disiplin bahasa dan linguistik seperti bidang semantik dan pragmatik, analisis wacana, psikolinguistik, sosiolinguistik dan terjemahan. Buku ini dihasilkan untuk memberikan pendedahan kepada pembaca berkenaan variasi bentuk penggunaan bahasa dengan kepelbagaian tujuan, medium penelitian, aspek tujahan serta data yang digunakan oleh pengguna.

 

Tunjang kekuatan buku ini adalah dari segi cara penghujahannya yang diadun secara empirikal dan saintifik oleh peneliti dan pengkaji bahasa, sesuai dengan keperluan dan kehendak dunia penyelidikan linguistik terkini. Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umumnya untuk memahami perilaku penggunaan bahasa oleh pengguna secara nyata. Buku ini juga diharap dapat dijadikan pemangkin dan pencetus semangat kepada kumpulan penyelidik baharu yang baru hendak berjinak-jinak terjun ke dunia penyelidikan, dalam usaha memugar bahasa dari aspek pengguna dan penggunaan.

 

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews