RM40.50 RM45.00
Menongkah Gelombang Globalisasi: Memoir Yusof Hasan
Price RM40.50 RM45.00
Product SKU 9789670031613
Availability In Stock
Quantity
Description

Menongkah Gelombang Globalisasi: Memoir Yusof Hasan

Mohd Yusof Hasan, 2023

ISBN 978-967-0031-61-3, 205 hlm., RM45.00

 

Buku ini menceritakan kisah hidup pengarang melalui kerjaya dan karya meliputi zaman kelahiran di permulaan pemerintahan Jepun, pemerintahan semula British, kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020, Era Globalisasi dan Transfomasi Nasional 2050.

Buku ini mengandungi 15 bab yang mengisahkan zaman awal, pendidikan awal dan pengajian tinggi, kerjaya guru di sekolah dan pensyarah di beberapa buah universiti seperti Universiti Sains Malaysia, Australian National University, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Brunei Darussalam. Seterusnya ialah kisah permulaan abad ke- 21 menongkah era globalisasi dalam kerjaya dan karya di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan era seterusnya yang banyak mengalami perubahan dan pembaharuan dalam dunia dan negara yang hebat penuh kelestarian.

 

Dalam proses perubahan dan pembaharuan pengarang selama sekitar 60 tahun dalam sejarah hidup peribadi dan negara ini telah berlaku perkara yang positif yang patut diuar-uarkan dan perkara yang negatif yang patut dijadikan iktibar. Walau bagaimanapun, apa yang sedang berlaku hari ini, yang akan berlaku esok dan seterusnya adalah sejarah belaka. Pengarang Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Hasan telah merakamkan catatan naratif kesyukurannya mengikut arus sambil menongkah menggapai gelombang globalisasi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews