10
Hasil dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia
RM25.20 RM28.00
Hasil dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia
Price RM25.20 RM28.00
Product SKU 9789670474403
Availability In Stock
Quantity
Description

Hasil dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia

Yahya Don, Mohd Fo’ad Sakdan, Yaakob Daud & Kamarudin Kasim, 2012

ISBN 978-967-0474-40-3, 77 hlm., RM 28.00

 

Peranan Kolej Komuniti Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah menyediakan kursus dan latihan program kemahiran yang diperlukan oleh semua peringkat pelajar tanpa mengambil kira umur dan kelayakan yang dimiliki. Kolej Komuniti Malaysia menyediakan peluang kedua kepada pelajar lepasan sekolah menengah di Malaysia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebelum mereka menceburi dunia pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. KPT meletakkan harapan yang tinggi kepada Kolej Komuniti Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi, perniagaan dan perkhidmatan industri.

 

Oleh yang demikian, penghasilan monograf bertajuk “Hasil dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia” ini bertujuan untuk membentangkan dapatan penelitian hasil dan impak kursus-kursus yang sedang dilaksanakan di Kolej Komuniti terhadap kompetensi diri pelajar dan kualiti perkhidmatan staf serta pensyarah di semua Kolej Komuniti di Malaysia. Secara khususnya, kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk meneliti hasil dan impak profil peserta kursus, kompetensi diri dari aspek sikap mereka terhadap kursus-kursus kemahiran, tahap keyakinan diri yang berkaitan latar belakang pengetahuan dan juga kemahiran serta kualiti perkhidmatan yang terdapat di semua Kolej Komuniti di Malaysia.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews