RM5.00
Kajian Membujur Tentang Kebolehbacaan Penyata/Ulasan Pengerusi dalam Laporan Korporat Sebuah Syarikat di Malaysia
Price RM5.00
Product SKU 938122791
Availability Out Of Stock
Description

Kajian Membujur Tentang Kebolehbacaan Penyata/Ulasan Pengerusi dalam Laporan Korporat Sebuah Syarikat di Malaysia

Azhar Abdul Rahman, 1993

NO: 1, ISSN 938-1227-19, 48 hlm., RM 5.00

 

Kertas penyelidikan ini cuba melihat arah aliran skor kebolehbacaan laporan kewangan korporat bagi sebuah syarikat awam di Malaysia dalam suatu jangkamasa yang panjang (1962-1989). Formula kebolehbacaan ‘Flesch’digunakan untuk mengukur tahap kebolehbacaan ke atas satu bahagian daripada kandungan penyata kewangan,iaitu penyata/ulasan pengerusi. Beberapa faktor yang dianggap boleh mempengaruhi tahap kebolehbacaan juga diuji. Kajian ini mendapati bahawa penyata pengerusi berkenaan berada di tahap yang ‘sukar dibaca’ oleh sebahagian besar penduduk di Malaysia.

 

Tahap kebolehbacaan bagi penyata  pengerusi berkenaan juga didapati telah menurun dari tahun ke tahun pada kadar yang disignifikan. Bebanan maklumat yang tinggi melalui pertambahan bilangan jenis penyata kewangan juga telah mengurangkan tahap kebolehbacaan penyata pengerusi tersebut. Di samping itu, apabila tajuk laporan kewangan ditukarkan dan penyata pengerusi disertakan sekali dalam penyata kewangan berbanding dengan keadaan sebelumnya, didapati bahawa penyata pengerusi berkenaan menjadi semakin sukar dibaca.

 

Seterusnya apabila skor kebolehbacaan ‘Flesch’ dibandingkan dengan pendapat para pengguna yang lebih khusus iaitu para pemegang saham, didapati bahawa tahap kebolehbacaan penyata pengerusi tersebut hanya berada di antara peringkat ‘mudah dibaca’ dengan peringkat  ‘standard dibaca’ . Ini menggambarkan bahawa skor yang dihasilkan oleh formula ‘Flesch’ hanya boleh digunakan sebagai alat peramal bagi menganggarkan secara kasar tahap kebolehbacaan bagi sesuatu maklumat perakaunan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews