RM25.20 RM28.00
Novel Kanak-Kanak: Kasih di Wajahmu Cikgu
Price RM25.20 RM28.00
Product SKU 9789670031279
Availability In Stock
Quantity
Description

Novel Kanak-Kanak: Kasih di Wajahmu Cikgu

Ahmad Safar Arman, 2023

ISBN 978-967-0031-27-9, 279 hlm., RM28.00

 

Hanya setelah ditugaskan mengajar di pedalaman, menjadikan Cikgu Ahmad Fahim kaya dengan seribu satu pengalaman.

Perkenalan dengan Khalil, murid yang bermasalah sering menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan guru dan juga murid-murid lain.

“Dah berpuluh kali buat perangai tapi tak pernah serik?” Cikgu Ahmad Fahim memarahi Khalil.

Khalil yang sebelum ini tidak pernah merasai kasih sayang ibu bapa sejak kecil lantaran mereka telah hilang tanpa khabar berita, ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Pak Wan Shahrul yang membelanya selama ini turut meninggal dunia.

Sejak itulah Khalil mengalami masalah dalam pembelajaran sehingga memaksa Mak Wan Idah meminta bantuan Cikgu Ahmad Fahim.

“Khalil, cucu saya tidak pernah kenal ibu dan ayah sejak kecil. Mereka lari ke Siam...” sayu Mak Wan Idah meluah.

Perkenalan dengan Cikgu Ahmad Fahim terus membuka lembaran baru. Khalil cuba berubah lantaran sikap guru kelasnya itu terlalu mengambil berat terhadapnya terutama hal pelajaran. “Ingat, dengan ilmu sahaja membuatkan kita berjaya dalam hidup.”

Namun malangnya dugaan berat mengundang lagi. Mak Wan Idah meninggal dunia. Mak Wan Idah sempat berpesan, “Cikgu bantulah cari semula ibu bapa Khalil...”

Penceritaan menjadi lebih menarik, semasa hari pengebumian, Dalila ibu kepada Khalil muncul. Khalil semakin ragu untuk menerima dan menuduhnya kejam. Cikgu Ahmad Fahim terus memujuk lagi untuk Khalil menerima ibunya kembali tanpa mengetahui Cikgu Ahmad Fahim dan Dalila sendiri mempunyai sejarah perkenalan yang begitu meruntun air mata.

Apakah kesudahan cerita cikgu sekolah pedalaman ini? Terlunaskan Cikgu Ahmad Fahim dalam mengejar impian? Bagaimana kehidupan Khalil selepas satu demi satu pemergian orang tersayang yang pulang ke negeri abadi? Atau adakah konflik yang berlaku antara semua menemui jalan perdamaian?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews