Pedagogi: Dari Sekolah Ke Institut Pendidikan Tinggi
Abdull Sukor Shaari, 2011
ISBN978-967-5311-72-7, 219 hlm., RM 53.00
Bidang pendidikan memerlukan guru-guru yang berkualiti kerana proses penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. Buku Pedagogi: Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi ini diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian yang berkaitan dengan pendidikan khususnya untuk pensyarah, pendidik dan bakal pendidik. Buku ini membincangkan amalan-amalan penting dalam pedagogi.
Antara kandungan buku ini ialah perbincangan tentang konsep pedagogi dan pengajaran serta konsep ilmu dalam bidang pendidikan. Seterusnya perbincangan tentang model-model pengajaran, mengenal pasti dan membezakan pelbagai jenis model pengajaran dan menjelaskan kepentingan model pengajaran. Seterusnya pelbagai gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar serta kajian-kajian tentang gaya pengajaran dan gaya pembelajaran pelajar juga dibincangkan.