10
Pelancongan di Malaysia: Isu-Isu Penyelidikan Terpilih
RM58.50 RM65.00
Pelancongan di Malaysia: Isu-Isu Penyelidikan Terpilih
Price RM58.50 RM65.00
Product SKU 9789675311857
Availability Out Of Stock
Description

Pelancongan di Malaysia: Isu-Isu Penyelidikan Terpilih

Editor: Jabil Mapjabil & Kadir Din, 2012

ISBN 978-967-5311-85-7, 204 hlm., RM 65.00

 

Buku ini mengetengahkan pelbagai persoalan dan isu yang berkaitan dengan senario penyelidikan pelancongan di negara ini. Ia menyajikan makalah yang disumbangkan oleh para penyelidik daripada pelbagai disiplin ilmu sekali gus mencerminkan kepelbagaian pendekatan dan kawasan kajian – bukan sahaja mewakili perspektif yang pelbagai sifatnya, malah ada daripada koleksi ini bersifat gabungan disiplin. Hal ini menunjukkan penulisan telah mula bertambah dengan rencam sifatnya dalam tempoh dua dekad terakhir ini. Kumpulan penulis berkongsi buah fikiran dan hasil penyelidikan masing-masing tentang tema yang sama iaitu pelancongan.

 

Beberapa isu dalam penyelidikan pelancongan yang disajikan merangkumi tiga perspektif, iaitu (i) sejarah – penggunaan naskhah lama dalam menelusuri bukti sejarah, susur galur serta konsep pelancongan masa lampau; (ii) ekonomi – perspektif ekonomi dalam pelancongan dengan meneliti kesan bermusim dan kemeruapan kehadiran pelancong asing ke Malaysia; dan (iii) teknologi – pelancongan yang ditinjau melalui perspektif kontemporari dengan bukti dan aplikasi teknologi, iaitu sistem maklumat geografi dalam memetakan ruang, gelagat, proses dan maklumat pelancongan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews