10
Pembangunan Komuniti di Malaysia dan Indonesia
RM40.50 RM45.00
Pembangunan Komuniti di Malaysia dan Indonesia
Price RM40.50 RM45.00
Product SKU 9789670474595
Availability In Stock
Quantity
Description

Pembangunan Komuniti di Malaysia dan Indonesia

Editor: Zakiyah Jamaluddin, 2014

ISBN 978-967-0474-59-5, 208 hlm., RM 45.00

 

Buku ini menilai kesan pembangunan terhadap komuniti yang merangkumi peluang, isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti terpilih. Antara isu yang mendapat perhatian ialah pembangunan komuniti, praktis kerja sosial dengan komuniti, pemerkasaan komuniti dan isu-isu semasa yang melibatkan komuniti. Buku yang membincangkan komuniti sebelum ini kebanyakannya hanya menumpukan isu pembangunan yang dijalankan terhadap komuniti itu sahaja. Namun demikian, buku ini lebih memberi tumpuan kepada aspek sumbangan bidang kerja sosial terhadap pembangunan komuniti.

 

Golongan sasaran yang dikenal pasti juga merupakan antara tujahan kelompok sasaran dalam bidang kerja sosial yang merangkumi kelompok minoriti, remaja, keluarga, Orang Kurang Upaya (OKU), pelarian dan orang asli. Dalam masa yang sama, buku ini menekankan program komuniti yang boleh dijalankan dalam komuniti itu sendiri seperti Rukun Tetangga, projek libat sama, pendekatan kepelbagaian budaya dan program-program pemerkasaan terhadap remaja, keluarga dan OKU.

 

Buku ini diharap dapat memperkaya ilmu dalam bidang sains sosial yang merangkumi bidang antropologi, sosiologi, kerja sosial, polisi dan pembangunan serta dapat menambah bahan rujukan kepada para pengkaji komuniti, pensyarah, pelajar institusi pengajian tinggi, pihak badan bukan kerajaan (NGO), pengamal kerja sosial dan pembuat polisi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews