10
Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara
RM63.90 RM71.00
Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara
Price RM63.90 RM71.00
Product SKU 9789675311123
Availability In Stock
Quantity
Description

Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara

Ab. Aziz Yusof, 2009

ISBN 978-967-5311-12-3, 418 hlm., RM 71.00

Buku ini disediakan khusus selari dengan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16 Jan 2006. Di bawah PIPP, program pembangunan modal insan adalah teras kedua terpenting yang bermatlamatkan untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar agar memiliki kemahiran, keterampilan dan berdisiplin. Bagi menjayakannya sudah tentu peranan ini perlu dipikul oleh golongan pendidik, iaitu guru dan juga pensyarah.

 

Mereka perlu menyediakan kurikulum pendidikan yang terbaik dalam usaha untuk membangunkan keterampilan pelajar yang juga merupakan modal insan utama negara. Mereka perlu pastikan setiap usahawan, pengurus, pemimpin dan pentadbir yang dibangunkan perlu memiliki kelebihan daya saing, keterampilan diri dan kekuatan untuk memberi tambah nilai terhadap setiap aktiviti, proses dan pekerjaan yang bakal dilakukan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews