10
Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi
RM27.90 RM31.00
Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi
Price RM27.90 RM31.00
Product SKU 9789675311093
Availability In Stock
Quantity
Description

Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi

Noor Azniza Ishak , 2009

ISBN 978-967-5311-09-3, 169 hlm., RM 31.00

 

Penyesuaian boleh mencetuskan masalah kepada manusia kerana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tertentu, manusia perlu berubah. Masalah yang biasa dialami oleh manusia terbahagi kepada dua kategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu sendiri dan masalah yang berkaitan dengan orang lain. Kategori masalah ini merupakan maksud kepada masalah penyesuaian dalam kehidupan manusia. Masalah individu yang dimaksudkan di sini termasuk masalah mengawal tabiat diri, menangani perasaan kesunyian, menangani kesalahan yang telah dibuat dan mempelajari menghormati diri sendiri.

 

Masalah yang berkaitan dengan orang lain pula melibatkan berbuat baik kepada orang lain, mengikut arah kelompok tertentu yang berkaitan dengan individu, membina persahabatan yang intim dan menghadapi ketidakselesaan dalam kehidupan dengan orang lain. Penyesuaian dianggap sebagai sumber penyelesaian masalah yang boleh melahirkan proses intelektual seperti persepsi, pembelajaran, memori dan penguasaan kemahiran. Ianya juga boleh melibatkan emosi seperti stres, marah, takut, bimbang, tertekan, bersalah, malu, kecewa, ugutan dan konflik. Keadaan ini dinamakan salah penyesuaian.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews