Year End Sale! Use coupon code : UUMYES at checkout
10
Pendekatan Psikoanalitik dan Adlerian dalam Kaunseling Kelompok
RM31.50 RM35.00
Pendekatan Psikoanalitik dan Adlerian dalam Kaunseling Kelompok
Price RM31.50 RM35.00
Product SKU 9789672210412
Availability In Stock
Quantity
Description

Pendekatan Psikoanalitik dan Adlerian dalam Kaunseling Kelompok

Mohd Norahim Mohamed Sani & Muhammad Ajib Abd Razak, 2019

ISBN 978-967-2210-41-2, 156 hlm., RM35.00

 

Dalam pendekatan kaunseling kelompok, teori dan teknik merupakan asas yang penting dalam memantapkan dan memperkemaskan proses kaunseling kelompok supaya berjalan dalam keadaan yang efektif, stabil dan seimbang. Kaunseling kelompok juga merupakan salah satu bentuk perkhidmatan menolong dan tolong bantu setiap individu yang ingin mendapatkan pertolongan dalam situasi secara bersama dan berkelompok. Kaunseling kelompok dapat menjimatkan masa dan memberikan kelegaan kepada setiap ahli untuk mendapatkan perubahan dan penyelesaian isu yang lebih awal secara bersama-sama. Melalui buku ini, para pembaca dapat mempraktiskan pendekatan psikoanalitik dan Adlerian dengan lebih mudah semasa mengendalikan kelompok. Perasaan takut, sukar dan kekeliruan dalam menggunakan pendekatan tersebut sebelum ini dapat ditangkis sekiranya para pembaca dapat memahami setiap konsep dan teknik yang dikupas secara komprehensif apabila memahami setiap proses kelompok yang telah dibincangkan berdasarkan contoh-contoh kajian kes untuk rujukan pembaca.

 

Buku Pendekatan Psikoanalitik dan Adlerian dalam Kaunseling Kelompok merupakan permulaan kepada ahli terapi atau profesion menolong yang lain untuk membiasakan dan memahirkan diri dalam mengaplikasikan teori yang biasanya sering diguna pakai oleh kebanyakan ahli terapis. Buku ini memilih teori psikoanalitik dan Adlerian kerana masih terdapat kekeliruan, kekaburan dan kekurangan sumber dalam menerapkan teori yang tuntas untuk dijadikan sandaran dan tulang belakang ahli terapi membantu ahli kelompok yang ingin mendapatkan jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang sedang dihadapi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews