10
Penghayatan Solat
RM27.00 RM30.00
Penghayatan Solat
Price RM27.00 RM30.00
Product SKU 9789670474496
Availability In Stock
Quantity
Description

Penghayatan Solat

Rosnaaini Hamid, 2014

ISBN 978-967-0474-49-6, 86 hlm,. RM 30.00

 

Buku ini membincangkan tentang tatacara solat yang dilakukan oleh ahli sufi secara khusus. Isi kandungan buku ini dimulai dengan perbincangan tentang tatacara solat yang dikehendaki syarak dan diteladani oleh Rasulullah SAW sebagai titik tolak utama penghayatan solat seorang muslim. Buku ini juga menjelaskan tentang dua disiplin solat yang berbeza, pertama; solat dari sudut fekah yang menepati kehendak syarak seperti syarat, rukun, sunat dan makruh. Kedua; penghayatan solat dalam kalangan ahli sufi.

 

Kombinasi antara dua disiplin yang berbeza bukanlah sesuatu yang bercanggah malah memantapkan lagi kedudukan solat. Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada adalah pendedahan tentang rahsia-rahsia pelaksanaan solat ahli sufi.

 

Antara keistimewaan solat ahli sufi ialah mementingkan solat yang khusyuk, solat dipandang sebagai melakukan doa dengan seluruh anggota jasad dan pelaksanaan solat diiktikadkan sebagai memberi khidmat kepada Allah SWT. Jalinan keyakinan hati yang tulus dan mantap merupakan satu kelainan yang sangat ketara.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews