10
Pengurusan Persekitaran dan Pelancongan di Malaysia: Konsepsi dan Kajian
RM33.30 RM37.00
Pengurusan Persekitaran dan Pelancongan di Malaysia: Konsepsi dan Kajian
Price RM33.30 RM37.00
Product SKU 983328275X
Availability In Stock
Quantity
Description

Pengurusan Persekitaran dan Pelancongan di Malaysia: Konsepsi dan Kajian

Penyelenggara: Hamidi Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Johan Afendi Ibrahim, 2006

ISBN 983-3282-75-X, 225 hlm., RM37.00

Buku ini ialah koleksi artikel yang mengupas tentang pengurusan persekitaran dan sektor pelancongan di Malaysia. Pelancongan merupakan industri yang sedang berkembang pesat ketika ini. Selari dengan perkembangan tersebut, pihak kerajaan memberi tumpuan khusus terhadapnya kerana industri ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

 

Perancangan dan pembangunan pelancongan di sesuatu destinasi perlu diuruskan secara berhemah supaya dapat bertahan dalam satu jangka masa yang lama. Tidak dapat dinafikan, proses ini adakalanya menghasilkan impak positif dan negatif kepada komuniti dan alam sekitar. Oleh itu, beberapa langkah dan kaedah perlu dilaksanakan ke arah meminimumkan kesan sampingannya.

 

Buku ini mengandungi tiga bahagian. Pada bahagian pertama mengandungi penerangan berkenaan konsep awal dan teori berkaitan dengan persekitaran dan tarikan pelawat. Bahagian kedua pula memperincikan tentang kajian kes berdasarkan penyelidikan terhadap pelancongan dan persekitaran. Akhir sekali, pada bahagian penutup disertakan ringkasan dan saranan penulis berkenaan isu yang dibincangkan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews