10
Perancangan dan Pembangunan Pelancongan (Edisi Kedua)
RM42.30 RM47.00
Perancangan dan Pembangunan Pelancongan (Edisi Kedua)
Price RM42.30 RM47.00
Product SKU 9789675311895
Availability In Stock
Quantity
Description

Perancangan dan Pembangunan Pelancongan (Edisi Kedua)

Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad, 2012

ISBN 978-967-5311-89-5, 207 hlm., RM 47.00

 

Pelancongan merupakan satu industri yang sedang berkembang maju di dunia termasuk Malaysia. Ini disokong oleh pertumbuhan ekonomi global yang semakin baik di samping peningkatan kualiti hidup penduduk dunia seperti kadar pendapatan, kesihatan dan waktu terluang. Kesan daripada keadaan ini, mereka berupaya melakukan perjalanan ke setiap pelusuk dunia untuk bercuti, rekreasi dan tujuan-tujuan lain.

Pelancongan dilihat mampu menjadi ejen perubahan terhadap landskap ekonomi, alam sekitar dan sosial sesebuah kawasan. Ia mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan baharu, menjanakan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk tempatan serta menggunakan sumber jaya sedia ada sebagai tarikan pelancong.

 

Kerajaan mensasarkan pembangunan pelancongan tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar disebabkan lokasi ini mempunyai kekayaan alam semulajadi dan warisan kebudayaan. Perancangan dan pembangunan pelancongan di sesebuah destinasi perlu diuruskan dengan baik supaya destinasi mampu bertahan dalam tempoh yang panjang di samping menyumbangkan manfaat kepada persekitaran.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews