10
Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam Masyarakat Pelbagai Etnik
RM45.00 RM50.00
Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam Masyarakat Pelbagai Etnik
Price RM45.00 RM50.00
Product SKU 9789670798226
Size (L x W x H) 22.86 cm x 15.24 cm x 1.4 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam Masyarakat Pelbagai Etnik

Mohamed Mustafa Ishak, 2014

ISBN 978-967-0798-22-6, 342 hlm., RM 50.00

 

Politik pembinaan bangsa sering menjadi persoalan pokok di Malaysia. Sungguhpun negara berjaya mengekalkan tahap kestabilan politik yang tinggi sejak tragedi 1969, dan seterusnya menjana pembangunan ekonomi yang pesat (sekurang-kurangnya sehingga krisis ekonomi Asia dan selepas Pilihan Raya Umum 2008), projek pembinaan bangsa kekal menjadi agenda utama negara yang masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

 

Buku ini menyingkap proses yang memerlukan ketelitian dalam pembinaan bangsa Malaysia pada era selepas tahun 1970-an, terutama dalam konteks pembinaan wawasan Bangsa Malaysia atau bangsa Malaysia yang bersatu, yang terpahat dalam Wawasan 2020 cetusan idea Tun Mahathir Mohamad yang diperkenalkan pada 1991. Buku ini membincangkan parameter dasar sosiopolitik yang membentuk dan mempengaruhi politik pembinaan bangsa di negara ini serta pembentukan Bangsa Malaysia.

 

Buku ini ditulis khas untuk memberi perspektif alternatif dalam analisis hubungan etnik dan pembinaan bangsa di Malaysia, seterusnya memperluas pemahaman tentang politik dan masyarakat Malaysia.

 

“Saya pasti, dengan input akademik dan penyelidikan meluas, buku ini dapat memberi pembaca gambaran dan kefahaman yang lebih baik tentang Bangsa Malaysia, konsep dan objektif… Kita boleh berharap, bermimpi, malah berdoa untuk hasrat ini.”

- Tun Mahathir Mohamad

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews