RM49.50 RM55.00
Prinsip Undang-Undang di Bawah Akta Syarikat 2016
Price RM49.50 RM55.00
Product SKU 9789672064534
Size (L x W x H) 22.86 cm x 15.24 cm x 2 cm
Availability Out Of Stock
Description

Prinsip Undang-Undang di Bawah Akta Syarikat 2016

Haslinda Mohd Anuar, Khuzaimah Mat Salleh, Marina Hashim, Mazita Mohamed, Muhammad Firdaus Bidin, Nazli Mahdzir, Noor ‘Aza Ahmad, Nor Hayati Abdul Samat, Nurli Yaacob, Rohana Abdul Rahman, Ruzita Azmi & Zuryati Mohamed Yusof, 2017

ISBN 978-967-2064-53-4, 303 hlm. RM 55.00

 

Akta Syarikat 2016 diperkenalkan hasil cadangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Korporat untuk mewujudkan satu akta yang bersifat maju ke hadapan dan membantu komuniti perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana untuk lebih berdaya saing tanpa berkompromi dengan keperluan tadbir urus korporat yang teguh dan tulus. Oleh sebab Akta Syarikat 2016 baru diterima pakai, maka buku-buku rujukan tidak banyak di pasaran.

 

Justeru, buku ini ditulis bagi membantu ahli akademik, para pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016. Buku ini bertujuan untuk memperkenalkan perubahan-perubahan yang diketengahkan oleh Akta Syarikat 2016 dalam membincangkan beberapa aspek penting dalam undang-undang syarikat, pensyarikatan dan pengurusan perniagaan. Aspek-aspek penting yang dibincangkan ialah sejarah perundangan, undang-undang perkongsian dan juga klasifikasi syarikat.

 

Tumpuan juga diberikan kepada aspek pemerbadanan syarikat, konsep modal syer, pinjaman, keahlian dan mesyuarat syarikat. Selain daripada itu perbincangan juga difokuskan kepada kuasa pengarah dan pegawai syarikat dan yang terakhir bagaimana proses sesuatu syarikat digulung.

 

Perbincangan mengenai kedudukan Undang-undang syarikat di Malaysia dilakukan berdasarkan sumber undangundang yang utama Akta Syarikat 2016. Selain daripada itu Akta Kontrak 1950, Akta Perkongsian 1961, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan juga garis panduan terpakai bagi Akta Syarikat 2016 juga dirujuk. Buku ini akan menjadi satu teks yang tidak ternilai bagi rujukan ahli akademik, pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.

 

Klik> lihat muka surat kandungan

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews