Sekuriti Makanan dalam Pembangunan Negara
Ahmad Zubir Ibrahim, 2022
ISBN 978-967-2486-95-4, 150 hlm., RM35.00
Sekuriti makanan merupakan salah satu agenda utama yang diberikan perhatian dalam pembangunan negara. Kepentingan agenda ini turut dizahirkan sebagai salah satu matlamat utama kepada pencapaian Sustainable Development Goals 2030. Secara hakikatnya, pencapaian kepada sekuriti makanan wujud apabila setiap individu, pada setiap masa, sama ada secara fizikal, sosial dan ekonomi mencapai kecukupan makanan yang selamat dan nutrisi yang diperlukan bagi tujuan kehidupan yang sihat dan aktif.
Sekuriti makanan ditunjangi oleh empat tonggak utama iaitu ketersediaan makanan, pencapaian makanan, penggunaan makanan dan kestabilan makanan. Setiap tonggak ini saling melengkapi antara satu sama lain bagi memastikan pencapaian sekuriti makanan. Sama ada disedari atau tidak, perlaksanaan agenda sekuriti makanan turut diterjemahkan dalam konteks pembangunan negara melalui perlaksanaan dasar kerajaan. Perkara ini dapat disaksikan melalui pelbagai dasar pembangunan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan antaranya Dasar Pembangunan Luar Bandar, Dasar Pertanian Negara, Dasar AgroMakanan, Dasar Perubahan Iklim, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, Pelan Transformasi Negara dan sebagainya.
Dasar yang digubal ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain bagi melengkapi kitaran tonggak sekuriti makanan dan akhirnya akan menyumbang kepada kesejahteraan pembangunan negara. Bagi memastikan sekuriti makanan negara terjamin, perancangan pembangunan dalam jangka masa panjang dan pendek adalah diperlukan bagi memastikan kemampanan sekuriti makanan tidak terkesan dengan pelbagai ancaman