✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
RM22.50 RM25.00
Travelog PhD: Menggapai Impian, Sejuta Harapan
Price RM22.50 RM25.00
Product SKU 9789672486404
Availability In Stock
Quantity
Description

Travelog PhD Menggapai Impian, Sejuta Harapan

Siti Nur Zahirah Omar, 2021

ISBN 978-967-2486-40-4, 128 hlm., RM25.00

 

Travelog PhD: Menggapai Impian, Sejuta Harapan adalah perkongsian ilmu dan pengalaman sebenar penulis yang disampaikan kepada pembaca, khususnya kepada bakal pelajar dan pelajar pasca siswazah yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi gambaran sebenar perjalanan pengajian PhD yang dianggap sebagai sesuatu yang sukar untuk dicapai. Penulis cuba berkongsi pengalaman sendiri, panduan, persediaan, tip dan solusi mengikut kepada perbincangan topik yang sesuai dengan pengajian supaya mereka lebih memahami konsep sebenar pengajian PhD.

 

Kandungan buku ini memperincikan tentang apa itu PhD, permulaan pengajian PhD, panduan penyediaan kertas cadangan (proposal), penyelia dan pasca siswazah, kesalahan pelajar PhD dan cara mengatasinya, sikap-sikap yang harus dihindari oleh pelajar PhD, tip-tip bermanfaat untuk pelajar pasca siswazah, penulisan saintifik dan persediaan menghadapi viva-voce.

 

Buku ini dipersembahkan dengan bahasa yang mudah untuk difahami, berbentuk santai bagi rujukan pembaca umum. Pelbagai panduan dan tip berguna turut disediakan dalam naskah ini. Diharap buku ini dapat memberi manfaat, inspirasi dan panduan kepada para pelajar yang akan melanjutkan pengajian atau sedang melanjutkan pengajian PhD serta menjadi rujukan sepanjang masa.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews