✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
RM21.60 RM36.00
Urbanisasi: Perancangan dan Kawalan
Price RM21.60 RM36.00
Product SKU 983328213X
Availability In Stock
Quantity
Description

Urbanisasi: Perancangan dan Kawalan

Dani Salleh, 2007

ISBN 983-3282-13-X, 168 hlm., RM36.00

 

Sistem perancangan bandar digubal dengan matlamat untuk mengadakan pembangunan yang melibatkan kepentingan awam. Kebanyakan bandar berfungsi sebagai pusat pengagihan keperluan ekonomi dan sebagai pusat tarikan (migrasi) penduduk yang berterusan. Justeru, pendekatan perancangan perlulah mengambil kira keperluan seperti kemudahan kediaman, peluang pekerjaan, infrastruktur, rekreasi di samping berupaya mengekalkan keadaan alam sekitar.

 

Untuk mempertingkatkan tahap perancangan dan aspek pengurusan bandar adalah penting untuk mengetahui fungsi perancangan dan pengurusan bandar ditakrifkan dengan berkesan dan terperinci dalam suatu sistem bagi memastikan amalan perancangan, penggubalan dasar dan pengurusan bandar menjadi lebih efektif dan berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat. Pertambahan pesat penduduk bandar berupaya memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan dalam penyediaan input perbandaran di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasanya.

 

Aktiviti perbandaran yang dirancang, diuruskan dan dikawal dengan cekap dan efektif, menyediakan suatu keadaan proses perbandaran yang seragam dan sistematik dalam kerangka keupayaan ekonomi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews