✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
RM31.50 RM35.00
Wacana Polemik Perundangan Transnasional
Price RM31.50 RM35.00
Product SKU 9789672486459
Availability In Stock
Quantity
Description

Wacana Polemik Perundangan Transnasional

Editor: Yusramizza Md Isa @ Yusuff, Ahmad Shamsul Abd Aziz, Nor Azlina Mohd Noor, 2021

ISBN 978-967-2486-45-9, 168 hlm., RM35.00

 

Isu perundangan yang semakin berkembang mendorong perdebatan berterusan berkaitan kaedah menangani yang terbaik. Isu-isu seperti pengedaran dadah, tuntutan hak cipta, pertikaian kewilayahan dan buli siber ialah sebahagian rantaian cabaran global yang menuntut penganalisisan dan penyelesaian perundangan secara jitu dan berkesan.

 

Buku Wacana Polemik Perundangan Transnasional ini menyajikan penulisan berkaitan beberapa isu perundangan yang utama dalam wacana perdebatan transnasional. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama yang meliputi liabiliti jenayah terhadap diri dan harta, kedaulatan negara di persada antarabangsa dan cabaran perkembangan siber dan harta intelek. Isu-isu perundangan yang terpilih dibincangkan dalam buku ini berlandaskan konsep yang penting, peruntukan-peruntukan statut yang relevan serta kes yang telah diputuskan.

 

Dirangka sebagai medium untuk perbincangan lanjut, buku ini memaparkan spektrum perspektif antarabangsa dan domestik terhadap isu-isu perundangan semasa. Buku ini bukan sahaja tepat pada masanya tetapi juga dapat meningkatkan pengetahuan serta pengalaman perundangan kepada pembaca. Oleh sebab itu, buku ini menjadi bahan pencerahan undang-undang yang sewajarnya dimiliki oleh para pengamal undang-undang, profesional, ahli akademik dan pelajar undang-undang. Pengolahan kandungannya yang sistematik dan mudah menjadikan buku ini juga sesuai sebagai tatapan masyarakat umum yang ingin celik undang-undang.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews